Pada 31 Januari 2013 (Khamis), SKDKPL telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Diantara program yang dijalankan ialah perarakan Maulidur Rasul sambil berselawat. Semoga dengan program seumpama ini akan meningkatkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Aamiin.
Nabi
Muhammad SAW bersabda; “Doa seseorang itu akan
terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak
berselawat kepadaku.”.
Nabi Muhammad SAW., Bersabda:
“Sesiapa membaca selawat untuk ku satu kali, maka dia menjadi tidak berdosa
walaupun sebesar atom dan biji sawi.”
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang
selalu berjalan di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam dari
umatku. Maka, apabila ada seseorang dari umatku membaca selawat untukku
seratus kali dalam sehari, maka Allah Ta’ala akan akan mengabulkan seratus
macam hajatnya, tujuh puluh diberikan diakhirat dan tiga puluh di dunia.”
Abu Bakar
As-Siddiq r.a. berkata: “Membaca selawat untuk Nabi itu boleh
menghapuskan dosa-dosa, seperti air sejuk memadamkan api, dan salam kepada Nabi
itu lebih utama daripada memerdekakan budak”.
Sesiapa yang
membaca salam untuk Nabi 100 kali setiap hari, akan dikabulkan oleh Allah 100
hajat. 30 diberikan di dunia dan 70 diberikan di akhirat.
Nampak meriah sangat... Tahniah semua guru-guru. Thnks fot the photos of Adam and Sofea Anissa... :-)
ReplyDeleteTerima kasih.. Teruskan menyokong kami =)
ReplyDelete