Sunday, 24 February 2013

Program Profesionalisme Guru Muda 1 Malaysia NS

Assalamualaikum.

Pada 19 Februari 2013, Cikgu Nurul Hidayah binti Ismail telah mengikuti Progam Profesionalisme Guru Muda 1 Malaysia NS, bertempat di Audotirium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad RTM Sungai Gadut, Seremban.

Program ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar N. Sembilan. Y.A.B, telah sudi berkongsi pengalaman hidup beliau, betapa guru memainkan peranan yang penting bagi setiap keputusan yang dibuat ketika zaman persekolahan sehingga ke universiti.

Dalam ucapannya, beliau berharap guru-guru muda hari ini dapat mengembalikan zaman kegemilangan guru-guru yang pada suatu ketika dulu merupakan orang penting dalam menyumbangkan idea dan menyemarakan benih-benih kemerdekaan di negara kita. Beliau juga berharap guru-guru muda dapat mengamalkan konsep 'perjuangan' dan 'pengorbanan' di dalam mendidik anak bangsa pada zaman yang penuh mencabar.

Semoga program ini dapat memberi inspirasi kepada kami untuk menjalankan amanah dengan lebih bersemangat. Aamiin =)









No comments:

Post a Comment