Tuesday, 12 March 2013

Projek Menabung PPKI 2013

Assalamualaikum...


Pada hari ini 13.3.2013 (Rabu), murid-murid PPKI telah menjalankan Projek Menabung merupakan program tahunan kelas PPKI SK. Dato' Klana Putra, Lenggeng.

Pada tahun 2013, program ini diteruskan lagi seperti biasa tetapi dengan cara yang berbeza. Sebelum ini, setiap hari murid-murid hanya perlu menabung duit lebihan belanja yang diberikan ibu bapa, tetapi kali ini, murid diminta membina tabung mereka sendiri.

Semua murid-murid dikehendaki membina tabung berbentuk rumah dan menghias mengikut kreativiti masing-masing. Mereka dibantu oleh Guru Kelas dan PPM.

Program Membina Tabung ini, merupakan satu projek khas guru praktikum PPKI iaitu Cikgu Erma & Cikgu fiza.

Objektif utama program menabung ini adalah untuk menyemai sikap berjimat-cermat dan berdisplin dikalangan murid-murid PPKI. Semoga usaha murni kami ini dirahmati Allah. Aamiin =)


Terima Kasih, Daun Keladi kepada semua yang terlibat.





















PPKI A bersama Cikgu Erma







2 comments: