Thursday, 28 March 2013

Selamat Hari Jumaat (2)

Assalamualaikum...

Selamat Hari Jumaat, penghulu segala hari =)

Semoga bermanfaat...














































dan...=)


Monday, 25 March 2013

Selamat Hari Lahir Puan Salimah =)

Selamat Hari Lahir Puan Salimah =)














Selamat Hari Lahir Puan Salimah =)

Kami doakan, semoga panjang umur dan ditambahan rezeki...

Semoga bahagia disamping keluarga tersayang...

Bahagia di dunia dan akhirat...





Amir cakap : SAAAAAAAAAAYAAAAAAAAAAAAANNNNNG CIK IMAH =)

Friday, 22 March 2013

Selamat Bercuti

Selamat Bercuti kepada semua warga pendidik dan murid-murid PPKI =)


Monday, 18 March 2013

Ini Cerita Murid Saya =)

Assalamualaikum...

Cuba Renungi sebuah kisah kehidupan yang begitu mudah.

Cerita 1.

Setiap tahun, guru akan berjumpa murid yang pelbagai ragam... murid pula akan membesar dengan cara didikan ibu bapa dan guru-guru mereka.


Ketika lawatan ke Cameron Highlands, saya telah dipertanggungjawab untuk menjaga seorang murid perempuan. Melihatkan keadaannya, saya sedar murid saya bukanlah seorang yang berkemampuan. Dalam perjalanan saya ke CH, saya telah membelikan murid saya sebotol air dan sebungkus chipsmore peket kecil kepadanya untuk dimakan ketika dalam perjalanan.

Malam itu setelah saya sampai ke CH, saya melihat peket chipsmore itu masih ada di dalam beg murid saya. Setelah saya periksa biskut itu telah lemau dan saya telah menyuruh dia membuang kedalam tong sampah.

Setelah lawatan selesai dan malam itu aktiviti melibatkan murid dijalankan, saya memeriksa barang-barangnya untuk memastikan semua barang tidak akan tertinggal. Paling memeranjatkan saya biskut chipsmore yang semalam telah dibuang masih ada di dalam begnya.

Lalu saya bertanya "Kenapa awak ambil semula biskut ni, kan dah buang semalam"...
Murid saya menjawab "Untuk kakak saya cikgu"

Masa itu saya terus teringatkan semua adik beradik saya...

Jarak tempat dan masa.. tidak akan memutuskan rasa kasih sayang yang tersedia terjalin diantara adik beradik...

Sebelum pulang bas kami telah berhenti di PETRONAS. Setelah memberinya wang, murid saya keluar dengan dua bungkus Chipsmore peket besar dan perasaan penuh bangga =)

----------------------------------------------------------------------------------------------


Cerita 2.

Buat tatapan kita. ketika kita dibesarkan, ayah kita akan memenuhi segala permintaan kita. Walaupun kita tidaklah sekaya mana, tetapi kita masih lagi merasai kasih sayang yang mengalir dalam diri seorang ayah dalam memenuhi semua keperluan anak-anaknya...

Semalam, setiap guru PPKI telah menerima dua bungkus kacang yang telah dibeli oleh bapa Imam Waseli. Kacang ini dibawa oleh bapa Imam ketika bapa Imam pulang dari Indonesia. Imam kata kacang ini istimewa kerana hanya ada di kampungnya di Surabaya.

Atas sebab-sebab keselamatan saya tidak dapat nyatakan kenapa Imam memberi kacang itu kepada semua guru tetapi, semua kacang itu telah dirampas oleh pihak Imigresen Indonesia. Tetapi kerana Imam berpesan kacang ini untuk guru-gurunya, Imigresen telah memulangkan sedikit sahaja kacang dan bapanya dan perlu membayar sedikit wang kepada mereka.

Kacang itu telah saya makan bersama Imam, Fitri dan Firdaus. Dan setiap butir kacang yang saya makan semalam, adalah kacang yang paling istimewa dalam hidup saya =)

Kacang itu mungkin kecil nilainya bagi kita, tapi begitu besar nilainya untuk Imam kepada guru-gurunya yang tersayang.

Terima Kasih kepada murid-murid, pengalaman ini menambahkan warna-warni dalam kehidupan saya sebagai seorang guru. Semoga murid saya sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. Aamiin.



Farisha kembali ke sekolah =)

Assalamualaikum...

Farisha Rahayu murid kelas PPKI C tidak hadir ke sekolah  hampir sebulan atas beberapa masalah. Cikgu Wan Azlina dan Puan Salimah mengadakan lawatan sosial ke ke rumah Farisha di Kampung Sungai Bi'oh. Setelah berbincang dengan keluarga Farisha pada minggu lepas. Farisha kini telah kembali ke sekolah dan bersemangat untuk belajar semula seperti biasa.

Cikgu Wan Ketika lawatan sosial


Farisha

Farisha & PPKI C

Sunday, 17 March 2013

Pengunjung ke 1000 =)

Assalamualaikum.

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah s.w.t Blog PPKI telah dilawati 1000 pengunjung sehingga hari ini, setelah 3 bulan beroperasi.

Terima Kasih diucapkan kepada semua warga PPKI, ibu bapa dan SKDKPL yang terus menyokong blog kami.

Semoga blog ini diberkati oleh Allah s.w.t dan memberi manfaat kepada semua pihak.



Buat ingatan dan pedoman kepada admin yang juga seorang "GURU PENDIDIKAN KHAS":

Jadilah seorang guru yang ... 
hadirnya di TUNGGU 
hilangnya di RINDU 
ilmunya di BURU 
nasihatnya di SERU 
tingkah lakunya di TIRU 
jasanya di KALBU
kerana Allah dan Rasul demi agama, bangsa dan negara =)

Apa itu Autisme?

Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.

Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.
Sekaligus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya.


Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka…
  • Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
  • Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
  • Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
  • Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
  • Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang  kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.









Sumber :  http://www.excelqhalif.com/2012/09/23/kenali-petanda-anak-autisme/


Thursday, 14 March 2013

Selamat Hari Jumaat (1)

Assalamualaikum,

Selamat Hari Jumaat, Perkongsian Ilmu dan semoga bermanfaat.




Tuesday, 12 March 2013

Projek Menabung PPKI 2013

Assalamualaikum...


Pada hari ini 13.3.2013 (Rabu), murid-murid PPKI telah menjalankan Projek Menabung merupakan program tahunan kelas PPKI SK. Dato' Klana Putra, Lenggeng.

Pada tahun 2013, program ini diteruskan lagi seperti biasa tetapi dengan cara yang berbeza. Sebelum ini, setiap hari murid-murid hanya perlu menabung duit lebihan belanja yang diberikan ibu bapa, tetapi kali ini, murid diminta membina tabung mereka sendiri.

Semua murid-murid dikehendaki membina tabung berbentuk rumah dan menghias mengikut kreativiti masing-masing. Mereka dibantu oleh Guru Kelas dan PPM.

Program Membina Tabung ini, merupakan satu projek khas guru praktikum PPKI iaitu Cikgu Erma & Cikgu fiza.

Objektif utama program menabung ini adalah untuk menyemai sikap berjimat-cermat dan berdisplin dikalangan murid-murid PPKI. Semoga usaha murni kami ini dirahmati Allah. Aamiin =)


Terima Kasih, Daun Keladi kepada semua yang terlibat.





















PPKI A bersama Cikgu Erma