Monday, 9 September 2013

Selamat Berjaya UPSR 2013


Assalamualaikum...

Hari ini 10/9/2013-12/9/2013 semua murid seluruh Malaysia akan menghadapi peperiksaan UPSR 2013 begitulah juga murid-murid SK Dato' Klana Putra, Lenggeng.

Pagi ini mereka berkumpul di kelas 4 Arif. Murid-murid diberikan sarapan pagi dan seterusnya mendengar amanat yang diberikan oleh Tuan Guru Besar SK Dato' Klana Putra, Lenggeng dan YDP PIBG, Encik Khairul Azmi. Ustaz Hafiz juga turut membacakan doa sebelum murid-murid masuk ke dewan peperiksaan =)


Mohd Haffis & Imam.
Puan Khadijah, Puan Suzila, Puan Rozlina & Puan Zahariah=)
Puan Suzila yang sempoi =)
Encik Khairul Azmi memberikan kata-kata semangat
Murid-murid tekun mendengar amanat yang diberikan olah Tuan Guru Besar & YDP PIBG
Wajah ceria Firdaus =)
Ustaz Hafiz membacakan doa memohon agar dikurniakan kejayaan kepada mereka
Wajah murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR











Semoga berjaya kepada murid-murid Tahun 6 SKDKPL, terutama murid-murid kelas PPKI A.
Semoga yang terbaik bersama anda semua. Aamiin =)


Selamat Berjaya Norfitri, Imam Waseli & Mohd Firdaus =)






Sunday, 1 September 2013

Selamat Hari Kemerdekaan ke 56



Assalamualaikum...

Selamat Hari Kemerdekaan ke 56.


'Ya Allah, Ya Tuhanku,
jadikanlah anak-muridku ini pemimpin yang benar-benar dekat dengan Allah,
walaupun yang dipimpinya itu bukanlah suatu organisasi ataupun kerajaan,
tetapi cukuplah sekadar dirinya sendiri...Aminnnn.




*Maaf iklan ni, iklan raya... tetapi sesuai diguna pakai untuk Hari Kemerdekaan =)
Belajarlah erti bersyukur dan menyumbang sebanyak-banyaknya untuk negara kita : MALAYSIA.
Sebelum terus mengkritik, Malaysia ini, Malaysia itu... apakata buat passport antarabangsa...
belajarlah berjalan-jalan di bumi ALLAH ini...

Oppppsss... Sebelum itu, jelaskan bil PTPTN anda...
dan anda akan tahu satu perkara, iaitu : TIADA NEGARA SEINDAH MALAYSIA...
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-56.

Senyum.